Penyampaian Mesra Usia Emas

March 11, 2009 at 3:35 am | Posted in Uncategorized | Leave a comment

mesra-usia-emas-copy_reduced

HULU BERNAM, 19 Feb – Satu majlis pembayaran manfaat peringkat ke-2 bagi SKIM MESRA USIA EMAS (MUE) telah diadadakan di hadapan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Bernam. Lebih 200 orang warga DUN Hulu Bernam hadir sama dalam majlis tersebut. Seramai 58 orang penerima manfaat pembayaran bagi peringkat ke-2 ini. Penyampaian manfaat ini telah dibuat oleh ADUN Batu Tiga, YB Puan Rodziah bt Ismail. Beliau yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi turut ditemani oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah Hulu Selangor, En. Mohd Jusni b Hashim. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Pengarah Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Bernam, Tn. Hj. Abdul Sukor bin Ali.

Sebahagian yang hadir semasa majlis penyampaian manfaat

Sebahagian yang hadir semasa majlis penyampaian manfaat

Program Mesra Usia Emas ini bertujuan untuk memberi manfaat dalam bentuk perlindungan bernilai RM 2,500.00 kepada warga emas yang berusia 60 tahun ke atas (yang telah mendaftar secara rasmi), selepas beliau disahkan meninggal dunia. Program ini membuktikan keprihatinan yang tinggi Kerajaan Negeri terhadap rakyatnya, khususnya golongan warga emas. MUE adalah salah satu daripada 7 Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

YB Rodziah sedang menyampaikan manfaat Mesra Usia Emas sambil diperhatikan oleh Pengarah PKM Hulu Bernam, Hj. Sukor

YB Rodziah sedang menyampaikan manfaat Mesra Usia Emas sambil diperhatikan oleh Pengarah PKM Hulu Bernam, Hj. Sukor

Advertisements

Leave a Comment »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: