Petani dan PIBG sekitar DUN Hulu Bernam Terima Sumbangan

September 20, 2008 at 4:57 am | Posted in Uncategorized | Leave a comment

HULU BERNAM, 20 Sept – Seramai 20 orang petani sekitar DUN Hulu Bernam dan sebanyak 28 buah sekolah rendah dan menengah menerima sumbangan daripada Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Hulu Bernam. Sumbangan telah disampaikan oleh Pengarah PKM Hulu Bernam, Hj. Abdul Sukor bin Ali bertempat di Balai Raya Kg. Hulu Bernam Utara (Pejabat PKM Hulu Bernam).

Hj. Abdul Sukor bin Ali sedang memberi ucapan kepada penerima sumbangan

Hj. Abdul Sukor bin Ali sedang memberi ucapan kepada penerima sumbangan

Program anjuran bersama Biro Pendidikan dan Pembangunan Insan dan juga Biro Pertanian, Perladangan dan Usahawan turut dihadiri oleh Ahli Majlis Daerah Hulu Selangor, En Mohammed Salleh bin Ri.

Sumbangan baja kepada setiap petani adalah merupakan salah satu langkah kerajaan negeri yang berkebajikan bagi meringankan beban semasa yang dihadapi oleh rakyat. Rata-rata petani yang ditemui merasakan senang hati dengan sumbangan yang diberikan.

Wakil dari pihak PIBG/Sekolah sedang mendengar ucapan dari Pengarah PKM

Wakil dari pihak PIBG/Sekolah sedang mendengar ucapan dari Pengarah PKM

Sebanyak RM 18,500 wang sumbangan diagihkan kepada 14 buah sekolah menengah dan 14 buah sekolah rendah sekitar DUN Hulu Bernam termasuk Sekolah Rendah Agama (SRA) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil. Sumbangan kebajikan akan digunakan sebaik mungkin oleh pihak PIBG sekolah bagi memajukan usaha mendidik anak bangsa.

Sekitar sesi pendaftaran

Sekitar sesi pendaftaran

Pihak PKM Hulu Bernam berharap, usaha sebegini akan diteruskan dari masa ke semasa sebagai tanda merealisasikan manifesto kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor iaitu Selangor, Maju, Bersih dan Berkebajikan.

Advertisements

Leave a Comment »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: