Masjid, Surau di Selangor Terima Bantuan Moreh

August 31, 2008 at 5:02 pm | Posted in Uncategorized | Leave a comment

https://i1.wp.com/farm3.static.flickr.com/2413/1807181143_c1c64583b8.jpg

SHAH ALAM, 23 Ogos – Kerajaan Selangor memperuntukkan RM1.117 juta kepada seluruh surau dan masjid di Selangor sempena kedatangan bulan Ramadan awal September ini.

Bantuan moreh sepanjang bulan Ramadan itu bagi membantu mengurangkan beban kewangan dalam menyambut dan mengadakan aktiviti pengimarahan masjid.

Setiap masjid bakal menerima RM1,000 manakala surau menerima RM400.

Sumbangan disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dato’ Dr Hasan Mohamed Ali kepada pegawai tadbir agama setiap daerah pada Majlis Perjumpaan Khas Nazir-nazir Masjid dan Pengerusi Surau yang berlangsung di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz di sini petang tadi.

Hadir sama Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Ali Mohamed.

Selangor mempunyai 359 masjid dan 1800 surau.

Dalam perkembangan lain, Jais telah membenarkan dan menggalakkan masjid dan surau di seluruh Selangor mengadakan tazkirah sepanjang bulan Ramadan ini.

Menurut Ali, sesi tazkirah itu perlu mengikut garis panduan yang ditetapkan.

“Tazkirah yang disampaikan mestilah tidak menyentuh masalah khilafiah, politik dan peribadi seseorang,” katanya dalam surat yang dikeluarkan kepada nazir masjid dan juga pengerusi surau pada 22 Ogos lalu.

Katanya, hanya nazir dan imam yang berkelayakan sahaja diberi keutamaan selain mempunyai tauliah dari Jais.

Jelasnya lagi, tempoh masa tazkirah juga tidak melebihi 15 minit dan ianya dilaksanakan mengikut kesesuaian jemaah. – MURIZA ABDUL HAMID

Advertisements

Leave a Comment »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: